Ramadhan yang terakhir di UK

Ramadhan kali ni, kiranya yang terakhir kitorang sambut kat UK ni.
Tahun depan, InsyaAllah dah sambut kat Malaysia pulak. Rasa sedih, sayu, happy semua adalah. 

Masih terkenang, bila mula-mula sampai Notts tahun 2007.
Kitorang sampai UK masa Ramadhan yang ke 3. Sadis tak sadislah berpuasa ngan beraya kat tempat orang. Hanya air mata menjadi teman daku ketika itu.. Cewahhh.. Rasa syahdu tu lain macam bila sambut puasa and raya jauh dari family. Kalau orang kat Malaysia nangis syahdu 1 harkat, kitorang kat sini nangis syahdu sampai 6 harakat. 





Jadual bulan Ramadhan nanti.
Sadis je rasa bila tengok waktu sahur dengan waktu bukak puasa bila terkena masa musim summer ni. Tambah mencabar keimanan bila kena kerja menyental pulak.. 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk muslimin muslimat semua. Saya mohon maaf segala salah dan silap, lagi-lagi bila tersilap taip kat blog ni.
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita dan menerima amalan kita semua. InsyaAllah... 

Oh.. air tebu.. *tiba-tiba*


6 comments:

  1. oh... pengalaman indah.

    bilalah saya nak dpt pengalaman pertama berpuasa di sana. huhu!

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa...ramadhan ke-3 kami di negara padang pasir berdengung...mencabar btul di musim panas yg mmg panas ni...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa k.bunga..lamanya wktu berpuasa kat sna Kak

    ReplyDelete
  4. wah akk lg dahsyat..berbuka 9 mlm eik...isk3...kak part yg nangis 6 harkat tu sya sokong kak....syahdunyaaa

    ReplyDelete
  5. lama la temph berpuasa kan.adik nik tahun depan baru puasa kat sana.sebab dah 2 tahun sempat balik puasa kat mesia.

    ReplyDelete