Salah satu benda yang paling syok bila duk obersea ialah bila dapat parcel dari family kat Malaysia. Happy tu serupa macam dapat hadiah tongkang emas.. Bila dapat tu, rasa tak terungkap dengan kata-kata. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada. Punyalah happy kan...
Dan paling best kalau parcel tu dari my PIL.
Sebab biasanya barang yang tak dipesan pun dapat jugak. Tu kira macam surprise lah kan.
Isnin lepas parcel dari Malaysia kiriman ibu mertuaku sudah sampai.
Sebenarnya mintak tolong kirimkan baju raya untuk anak-anak. Plan asal memang tak nak pun beli baju raya. Kengkonon, pakai jelah baju raya tahun lepas.
Lagipun tahun lepas punya baju raya yang mak tok kirimkan tu agak besar.
Kira tahun ni boleh pakai lagilah. Tapi bila dikenang-kenang, rasa tak sampai hati pulak tengok anak-anak tak berbaju baru tahun ni. Tu pasal mintak tolong jugak ibu mertuaku poskan baju raya untuk anak-anak.
Cuma untuk mak bapaknya tak payahlah kann..
Lagipun baju raya tahun lepas pun kitorang pakai sekali je. Lepas tu terus tersimpan kat almari tak keluar-keluar. Lagipun kitorang dah nak masuk hujung-hujung tahun kat UK ni kena jimat sikit duit. Manalah tau Mr. Brian kena extend kan... Kalau extend lebih dari 3 tahun setengah, dah tak ada elaun dah masa tu. So, kenalah berjimat cermat dari sekarang.
Sekali bila bukak kotak, MasyaAllah.. seronoknya rasa.
Masa ni memang dah nak nangis dah. Terharu sungguh.
Ingatkan baju untuk anak-anak je yang sampai, rupa-rupanya baju raya untuk mak bapaknya pun ada sekali. Sayang jugak makpak mertuaku itu kat anak menantu dia yang nun jauh di mata ni. Ingatkan sayang cucu je.
Tapi kan dah kata tadi, makpak mertua I ni suka main seprais - seprais....
Kali ni memang sepraisssssss betul....
Untuk anak lelaki dia, dikirim 1 pasang baju melayu.
Untuk menantu pompuan ni dikirim 2 pasang baju kurung dan sehelai selendang biru. Nampak sangat makpak mertua lebih sayang menantu dari anak sendiri... muahaha.. sesi perahsantan sudah bemula..
Baju melayu untuk anak-anak pulak sampai 3 pasang sorang.
Motif sampai 3 pasang? Sebabnya maktok tak tau size cucu. Disebabkan my MIL takut baju untuk cucu-cucu tu dia beli besar sangat, so dia beli 3 pasang size yang berbeza. Kalau yang 1 besar sangat, ada lagi 2 pilihan yang kecik sikit. Bijak sungguh maktok ni. Tahun depan dah tak payah beli baju untuk bebudak ni sebab baju yang besar tu boleh pakai raya tahun depan.
Dan sesungguhnya kalau kiriman itu dari my MIL, ia tak akan lengkap tanpa jamu-jamuan.
Macam biasalah, jamu Kacip fatimah dan Tongkat Ali tak pernah lupa dikirim. Agaknya sebab maktok mintak cucu no. 3 kot? Ahaks...
Jamu pukul angin tu memang saya yang pesan sebab stok dah habis.
Jamu ni memang best sebab memang terasa sangat berkesan.
Sekali buang angin, memang rasa lega habis. Orang sebelah memang boleh pengsan dibuatnya.
Kesimpulannya, tema raya kitorang tahun ni ialah kaler biru pilihan mak pak mertuaku.
I like and like and like.
Tenkiu mak and abah. I love you very much..
~ untung laa..ehehehee :)
ReplyDeleteTema biru ye? Akk punya kuning, tak suka tp buat2 suka.
ReplyDeleteSelamat menyambut ramadhan di negeri org, tabah n sabar mengharunginya.
kaler biru kita taun ni yer... :)
ReplyDeleteSemalam waktu pi tesco nampak ada sorang mak cik tengah pilih baju raya dengan list saiz dekat tangan. Waktu baca blog akak, terbayang plak muka mak cik tue. Mesti mcm tue rupa your FIL tengah shop baju raya kan.. hehehe
ReplyDeletejamu keluaran Petani memang best
ReplyDeleteWah!!! Bstnye...
ReplyDeleteSyoknye raye!! ^_^
ReplyDeletebertuah dpt mak mertua mcm tu :)
ReplyDelete