Aksi






Abang besar dan abang kecik.



Dapat bayangkan tak macam mana 'baiknya' perangai bebudak ni kalau kat rumah dengan tengok gambar ni je?

Sangat 'baik' kan perangainya?
Segala gaya akrobatik ko buat. 

Kalau diiikutkan, memang sesak napas mak jemah tengok perangai budak dua orang ni.
Lagi dilarang lagi dibuat. Tapi prinsip kitorang, selagi kau tak nangis, silalah teruskan aksi ini. Nak bergomol ker, yang atas jadik kat bawah ke, yang putih jadik hitam ke, lantaklah ko nak.. Asal kau tak nangis sudah. Tapi kalau dah syok-syok main lepas tu bergaduh, siap menangis melalak lagi, siaplah.... Silalah bertapa dalam bilik air sebagai hukumannya.

Tapi lepas kena denda tu, tak serik-serik jugak.
Kena denda pun boleh ketawa bersukaria lagi. Lagi ditazkirahkan, lagi dibuat. 
Rasanya kalau supernanny datang rumah kitorang, dia pun surrender dgn bebudak ni.

Bebudak ni tak taulah ikut perangai sape.
Maknya dulu masa kecik-kecik adalah seorang yang sangat lemah lembut dan bersopan santun. Level paling ganas pun setakat panjat pokok rambutan jer. Ni tak bukan, mesti ikut perangai bapaknya ni. 


4 comments:

  1. da lama x nyinggah ke sini. da besar da anak2 akak ye.. cepat betul masa berlalu..

    ReplyDelete
  2. Hahaha tapi sgt comel

    Budak2 :)

    ReplyDelete
  3. Haha budak2 biasalah kan hhehe

    ReplyDelete
  4. jap..
    gambar 1st tu..
    kepala abang besar mana??
    ishh kompius acik nih..
    ahaks

    ReplyDelete