Si Overweight vs Si Underweight


Kepada kekanda yang ku cinta,
Silalah baca pantuku dan tataplah buktinya.




 

Kepada kekandaku yang sudah bulat mukanya, 
Dari dulu sudah ku kata tapi kau tetap tak percaya,
Ku bilang perutmu buncit tapi kau kata tak apa,
Sekarang sudah overweight, kau masih tak percaya ka?






Wahai kekanda, kau tengok itu beratku sudah tinggal 38.4kg aja,
Kerana sayang ku serahkan segala-galanya,
Sampai lemak yang ada ku bagi semua,
Kalau kau kata aku tak cinta tak taulah nak kata apa,
Sampai aku kurus, badan pun dah tinggal tulang aja.


Demi untuk mengembalikan berat yang adil untuk kita berdua,
Daku sarankan dikau kemas rumah, masak sedap-sedap, ambik hantar anak dari sekolah,  temankan serta bayarkan bil shoppingku setiap hari, dan juga bla bla bla bla ba bla bla bla bla bla bla bla ..... , 
Supaya kau kembali kurus dan sihat bertenaga,
Apa macam kekanda, kau mahu ka?


Pen merah pen biru,
I anggap you dah setuju,
Tengkiu..

 :)








Anak masuk sekolah, emak tak tentu arah

Sejak 2 minggu lepas, anak-anak dah start masuk sekolah sesi baru.
Izkhan dah masuk Year 2 and Iman masuk Reception. Reception ni macam tadikalah kalau kat Malaysia. Waktu sekolah start 9 pagi sampai 3.30 petang.








Ekceli dah lama tunggu saat-saat anak-anak masuk sekolah. Kengkonon bebas nak buat apa aje kat rumah sengsorang tak ada sapa-sapa kacau. Bahagialah sangat kononnya tanpa gangguan anak-anak.

Sekali...
Baru 2 jam pertama anak masuk sekolah, hati dah rasa rindu.
Masuk jam seterusnya, rasa tak tentu arah and risau kat Iman sebab semalam ialah hari pertama dia masuk sekolah full day. Sebelum ni kat nursery sebelum dapat masuk Reception, dia masuk pukul 9, balik pukul 12 tghari. Kiranya waktu petang tu dah ada kawan kat rumah.

Baru 2 hari Iman masuk sekolah full day, hati rasa kosong pulak. Aduh..
Rasa nak nangis pun ada bila ada kawan cerita ternampak si Iman menangis kat sekolah sampai cikgu pass kat si abang waktu rehat. Sudahnya hati rasa tak tenteram je bila rumah sunyi tak ada anak-anak.

Kesimpulannya, biarlah rumah bising, bersepah, anak kacau bila tengah buat kerja asalkan anak-anak ada depan mata. Daripada sekarang ni, rumah clean and clear tapi anak-anak tak ada, rasa sunyi, hati risau, lepas tu satu keje pun tak boleh buat asik teringat kat anak-anak. Haishhhhhhhh..



Kotak di sana sini


Inilah keadaan rumah kami sekarang ni.
Kan kengkonon tahun lepas kitorang bg tau dah tak lama lagi nak balik. So, berialah mempacking barang dari awal. Sekarang ni pulak, rasanya sudah serupa duduk dalam stor ajer.

Nak kata banyak barang, tak jugak. Tapi lebih banyak kotak kosong dengan sampah. Inilah akibatnya suka sangat soping carboot lepas tu beli ntah apa-apa yang tak berguna. Hasilnya, serupa macam bawak balik sampah ke rumah..

Bila tengok rumah dah tak serupa rumah, rasa nak nangis pun.
Ada macam satu beban kat  kepala yg tak tau nak bagi tau macam mana. Selagi kotak-kotak ni tak masuk kontena pos ke Malaysia, selagi tulah rasa berserabut je kepala ni. Lagi berserabut sebab tak tau nak baliknya bila.



Cantik kan gambar raya kat rumah kitorg ni.. 
Bertambah berseri-seri dengan kotak di sana sini.

Ini ialah gambar masa raya waktu anak-anak bujang datang beraya ke rumah.  
Bolehlah pilih yang mana satu berkenan yer, doktor ada, enjiniur ada.. Pilihlah pilih.. Kecuali 4 dari kiri tuh. Yang tu dah tak boleh diplih, sebab dah jadik laki orang.

Ekceli motif gambar ni ialah nak tunjuk gambar rumah yang penuh dgn kotak yg berada di merata-rata tempat. Bukan nak promote anak orang. Tahun ni kitorang tak berapa rajin nak buat open house memandangkan space nak duduk pun dah tak ada. Semua dah kena conquer dengan kotak-kotak. 

Tapi walaupun tak buat open house, rumah kitorang sentiasa teropen untuk sesiapa yg sudi datang rumah. Tapi jangan buat perangai walaupun tak buat open house tapi pintu rumah sentiasa terbukak macam dalam gambar kat atas. Sakan ambik gambar, tapi pintu lupa nak tutup.. 



Badan berisi ada isi ..........

Wahhhh.. bila baca komen kawan-kawan kata badan kita makin berisi, macam best je bunyinya.
Padahal tuan punya badan nak jalan pun melayang-layang. Badan tak ada isi, tinggal tulang jer. Misi nak menaikkan berat badan masih tak tercapai lagi sehingga ke hari ini.

Untuk pengetahuan, yang 'mengandung' tu ialah Mr. Brian. Lepas 9 bulan pun perut dia tak kempis- kempis lagi. Yang 'mengandungi' angin didalam badan ialah isterinya. Mungkin efek baju dan tudung lip lap lip lap di bawah terik cahaya matahari yang membuatkan badan nampak berisi kot. Ada kaitan ke macam tu? Tak ada maknanya nak bagi adik kat anak-anak yang sedia ada nih heh..

Untuk sekarang ini, saya masih memakai baju umur kanak-kanak berumur 12-13 tahun ataupun baju bersaiz 6. Ataupun baju saiz 8 tapi kena alter lepas tu. Tapi nanti kalau ada rejeki dapat tukar saiz baju dari saiz 6 ke saiz 8 tanpa alter, nanti saya update eh. Masa tu memang betul-betul ada 'isi' punya. InsyaAllah. Hehehe..

Disebabkan tak tau nak letak gambar apa, marilah kita lihat gambar kambing biri-biri ni yang bulunya sudah togel separuh yang ada hanya separuh je lagi. Bulu yang terjuntai-juntai tak sempat kena potong pun ada lagi kat badan dia ni. Kambing penakut kena cukur bulunya ini telah ditemui di Loch Doon, Scotland pada Jun yang lalu.

Eh.. berbulu betul nk buat ayat pasal bulu kambing nih.



Assalamualaikum


Alhamdulillah. Tuan punya blog masih hidup lagi pada hari ini. Maka dapatlah menghapdet blog setelah setahun meninggalkan blog sampai password pun lupa.

Oleh itu, elok benarlah saya mperkenalkan diri semula kerana sedar diri tak famous.
Nama saya ialah Bunga. Anak  masih 2 bernama Izkhan dan Iman dan suami saya masih si lelaki ganteng itu yang kuberi nama Mr. Brian. Cuma bezanya perut dia makin kedepan berbanding setahun yang lepas dan muka dia dah penuh kerut hasil  PhD yang belum berkesudahan lagi.

Tahun lepas macam konpiden je bagitau semua orang kengkonon tahun ni dapat beraya kat Malaysia. Tapi sebenarnya tak puuunnn... Ketika ini kami anak beranak masih lagi kat UK dan kali ni dengan konfidennya kalau orang bertanya bila nak balik jawapannya ialah saya pun tak tahu bila nak balik Malaysia. Ada rejeki tahun ni boleh post gambar dengan salji lagi tanpa rasa tak tahu malu. Macam kerek je bunyinya ek. Padahal dah sesak napas rasanya hidup kat sini dengan elaun pun dah tak ada.

Disertakan gambar di bawah sebagai bukti tuan punya blog masih dipanjangkan umur sehingga hari ini bersama keluarganya.





Sekian sahaja untuk hari ini.
Kalau rajin saya hapdet lagi.
Kalau tidak, tunggulah tahun depan lagi.
Terima kasih.



Test

TRY TEST