Anak masuk sekolah, emak tak tentu arah

Sejak 2 minggu lepas, anak-anak dah start masuk sekolah sesi baru.
Izkhan dah masuk Year 2 and Iman masuk Reception. Reception ni macam tadikalah kalau kat Malaysia. Waktu sekolah start 9 pagi sampai 3.30 petang.








Ekceli dah lama tunggu saat-saat anak-anak masuk sekolah. Kengkonon bebas nak buat apa aje kat rumah sengsorang tak ada sapa-sapa kacau. Bahagialah sangat kononnya tanpa gangguan anak-anak.

Sekali...
Baru 2 jam pertama anak masuk sekolah, hati dah rasa rindu.
Masuk jam seterusnya, rasa tak tentu arah and risau kat Iman sebab semalam ialah hari pertama dia masuk sekolah full day. Sebelum ni kat nursery sebelum dapat masuk Reception, dia masuk pukul 9, balik pukul 12 tghari. Kiranya waktu petang tu dah ada kawan kat rumah.

Baru 2 hari Iman masuk sekolah full day, hati rasa kosong pulak. Aduh..
Rasa nak nangis pun ada bila ada kawan cerita ternampak si Iman menangis kat sekolah sampai cikgu pass kat si abang waktu rehat. Sudahnya hati rasa tak tenteram je bila rumah sunyi tak ada anak-anak.

Kesimpulannya, biarlah rumah bising, bersepah, anak kacau bila tengah buat kerja asalkan anak-anak ada depan mata. Daripada sekarang ni, rumah clean and clear tapi anak-anak tak ada, rasa sunyi, hati risau, lepas tu satu keje pun tak boleh buat asik teringat kat anak-anak. Haishhhhhhhh..



2 comments:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak

    hati ibu kan. walaupun saya takde anak lagi (kawen pun blom lg.hihihi). hihihi

    ReplyDelete