Hari terakhir di Reception

Jumaat minggu lepas adalah hari last Izkhan kat Reception sebelum cuti sekolah selama sebulan. Bulan 9 ni, bila naik sekolah, InsyaAllah Izkhan akan masuk Year 1 dan Iman akan masuk Nursery. 

Masa tu dapatlah makbapaknya berhanimun sekejap bila anak-anak pergi sekolah.. Yahoo..
Kalau kat Malaysia umur 7 tahun masuk darjah 1, tapi kat UK bila umur 6 tahun dah masuk darjah 1.

Disebabkan hari Khamisnya baru teringat nak bagi hadiah kat cikgu kelas Izkhan (Miss Calder), so cuma dapat beli coklat jelah kat Tesco. Kalau ada kereta senanglah sikit nak lari pegi kedai jauh sikit carik hadiah best-best. Tapi sebab tak ada kereta, singgah je lah Tesco kedai yang memang dilalui bila balik kerja naik bas. 

Sangat tak berbaloi bagi cokelat compare dengan jasa cikgu yang mengajar Izkhan sampai boleh menulis membaca.Tak apalah, bila ada rezeki nanti nak bagi hadiah best sikit untuk cikgu dia. 



Tulisan Izkhan umur 5 tahun. Tulis huruf S terbalik.. 
Teacher jadik 'Teaher'. Bila tengok gambar ni baru terperasan tak ada huruf C. 


Lagi satu jgn pelik nama kat kad tu Nizamu, bukan Izkhan.
Itu memang nama dia. Sepatutnya Nizamuddin. Tapi jadik Nizamu. Kalau nak cerita kenapa jadik Nizamu, jadik panjanglah pulak ceritanya nanti. Kat blog memang letak nama Izkhan.

Mak dia tulis kat kertas lain, lepas tu suruh dia salin balik kat kad ni. Ekceli panjang lagi yang nak ditulis, tapi disebabkan tulisan dia yang besar-besar, so dah tak ada ruang nak tulis lagi. Last-last itu jelah yang dapat ditulis. 






Tulis huruf S ni tak terbalik pulak .




Izkhan seronok dapat tulis kad untuk cikgu dia sendiri.
Excited betul dia nak bagi kad kat cikgu.
Sila buat-buat tak nampak pemandangan di belakang itu yer :)




2 orang budak yang excited nak pergi skool.. 
Iman tu tukang hantar abg dia pergi skool jer. 


Esok paginya, bila bagi kad kat cikgu Izkhan, punyalah terharu, sampai nak meleleh air mata Miss Calder ni. Dia cakap seronok sangat bila tengok Izkhan tulis kad untuk dia walaupun cuma salin je pun. Agaknya macam ni kot perasaan cikgu-cikgu bila happy tengok anak murid berjaya hasil didikan dia. 

Ekceli pagi tu, ada ambik gambar Izkhan dengan cikgu dia. 
Tapi sebab dah sah-sah cikgu minah saleh tu tak pakai tudung, so tak dapatlah nak tepek gambar kat sini. 






Kad dari Miss Calder



Lepas tu bila petangnya ambik Izkhan dari sekolah, ada terselit kad dari Miss Calder ni dalam beg sekolah Izkhan. Masa birthday Izkhan sebelum tu pun Miss Calder ni ada bagi kad jugak. Rasa seronok betul dapat cikgu macam ni. 

Apapun rasa bersyukur sebab Izkhan dapat cikgu yang baik hati dan rajin.
Walaupun Izkhan belum dapat membaca sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya banyak yang dia belajar kat sekolah. Tak terbalas jasa cikgu cikgi sekalian.  

Terima kasih wahai cikgu :)


No comments:

Post a Comment