Lubang dikasut




Sungguh memang tak ku sangka bahawasanya kasut sekolah anakndaku ini dah berlobang punya besar sampai macam ni. Padahal tetiap hari mak dengan bapaknya yang pakaikan dia kasut sekolah ni. Tapi macam mana boleh langsung tak perasan kelubangannya ini? Nampak gaya memang sudah sampai masanya untuk menambah power cermin mata.


Tapi yg pelik, pesal sebelah kanan je yang koyak besar, sebelah lagi elok pulak tuh.
Adakah kerana kaki kanan dia terlebih panjang dari kaki kiri


Dia pulak boleh je gelak-gelak bila kitorang tanya kenapa tak bagi tau kasut dah berlubang? 
Agaknya kalau mak bapaknya tak perasan kasut dia berlubang, rasanya memang sampai kesudah dia redha je pakai kasut tu.  


Memang pasrah betul anak aku ni. Langsung tak komplen. Dari kecik dah ada ciri-ciri tak suka menyusahkan mak bapak. Serupa macam mak dia jugak.. huahuahua.. Terperahsantan pulaks.


Ekceli si Izkhan ni dia jarang berjalan. Selalunya dia akan berlari. Tak kiralah walaupun jarak hanya sekangkang kera. Terlebih makan gula kot budak ni.


So, sebelum disedari kasut dia dah berlubang macam ni, terasa pelik bebenor bila tengok dia berjalan lenggang kangkung bila pergi balik sekolah. Selama ni dia tak pernah berjalan. Dia berlari. Laju pulak tuh. Semput mak dia mengejornya. 







Sibapak dan anak pergi sekolah bersama. 
Kalau tak nak kejar Izkhan, boncenglah dia naik basikal walaupun seat tu dah tak sesuai untuk dia sebab dah terlebih berat.




Bila dia dah tak lari-lari, ingatkan dia dah tobat, atau penat atau dah besar, atau kesian tengok mak dia kejar dia tetiap hari, so dia tak nak lari-lari dah. Rupa-rupanya tidak. Agaknya kaki dia sakit sebab ada batu dalam kasut, so dia tak boleh lari. Dia pulak tak pernah komplen kaki sakit ker, kasut berlubang ker, atau apa-apa pun. So, tak taulah bahawa kasut dia tu dah berlubang.


Bila dah dapat kasut baru, makin laju pulak dia lari.
Kalau tau, memang tak belikan kasut baru, biar je dia jalan. Penat betul kejar dia berlari. Semput mak. Tu tak kira lagi mak dia terjerit-jerit sepanjang jalan panggil dia suruh berhenti. Dahlah banyak kereta lalu lalang. Masa tu memang hilang keayuanku bila terjerit-jerit macam orang gila panggil anak. Umpama halilintar membelah bumi.






8 comments:

  1. Kesian Izkhan....sakit pun tak komplen ye?
    Kesian mama dia, asyik mengejar anak je...
    Budak2 aktif takpe, cuma kita kena lebih perihatin.

    ReplyDelete
  2. heheh sabo jer laa ... yg pelik depan ngan belakang je haus kasut tu ... heheh cemana gaya agaknye dia berjalan n berlari ekk ??? atau dia suka hayunkan kaki bila duduk kat kerusi? .. hmmm

    ReplyDelete
  3. kihkkih..lawaklah cik bunga ni.anak lelaki gitu lah. energy terlampau banyak taktau nak salur tang mana. tu yang tak boleh duduk diam, alergik kekdahnya.

    ReplyDelete
  4. ahhaha.. leh masuk olimpik nanti si izkhan ni.. ekkek

    ReplyDelete
  5. dia lari pakai kaki kanan jhe kot hehe..

    alahai comel pula bonceng basikal mcm tu :)

    ReplyDelete
  6. hehe..comel..
    dia jalan sambil tekan2 kaki kot?dasat lubangnye tu..hehe..

    ReplyDelete
  7. sorok kasut baru dia!!! :p

    ReplyDelete
  8. Yang lama memang sedap dan selesa dipakai...

    ReplyDelete