DIY Facial kat rumah


Tak pernah pun terpikir selama ni nak buat facial sendirik kat rumah.
Jangan kata nak buat kat rumah, nak pergi spa pun tak pernah. Ada anak kecik sorang ni payah nak tinggal pergi mana-mana. So, nak tak nak pandai-pandailah buat facial tonyoh muka sendirik kat rumah. 

 Sekarang bila dah buat facial sendiri ni, rasa seronok pulak. 
So malam ni siap pujuk Mr. Brian jadik bahan eksperiment lagi. Konon-konon nak tengok beza muka dia sebelum dengan selepas di facial kan lah. Tengok hasil kat muka sendirik tak puas hati. So, pinjamlah muka laki sendirik.




Muka selepas di facialkan.
Haruslah muka nampak lebih suci dan murni.

Nak tepek muka dia masa sebelum difacialkan dia tak bagi sebab muka tak senonoh macam orang baru bangun tido. Nasib baik dia sedar sendiri muka dia tak senonoh. Tak payah susah-susah nak bagitau. Haha.. ayat sangat menunjukkan tidak berperikemanusiaan punya bini.





DIY cleanser & exfoliant.



Punyalah malas nak pergi kedai kan. 
Disebabkan cleanser dengan exfoliant tak ada kat rumah, so gigihlah mengGoogle cara-cara macam mana nak buat sendirik. DIY konon-kononnya lah ni. 

Senang je pun rupanya,  cuma guna madu, soda bikarbonat dengan olive oil je. 
Kebetulan bahan-bahan ni dah memang ada kat rumah, so apalagi, kita buatlah sendirik. Jimat duit tak payah beli mahal-mahal kat kedai. 

Bila buat facial sendirik ni, adalah rasa perbezaan, daripada muka tak berapa senonoh jadik senonoh sikit. Muka mak budak rasa macam muka anak dara.. hehee.. Tapi sah-sahlah memang tak boleh lawan facial kat spa. Tonyoh muka sendirik dengan ditonyoh oleh orang lain yang dibayar kan berbeza rasanya.

4 comments:

  1. Amboiii rajin kemain tuu siap paksa orang hiksss

    ReplyDelete
  2. Boleh jugak kalau guna gula + madu untuk exfoliant :)

    ReplyDelete
  3. muke sebelum facial takde ke Munge? :)

    ReplyDelete