Autumn terakhir

Tinggal hanya beberapa bulan je lagi untuk kami tinggal di UK.
In sha Allah, lepas tu akan pulanglah kami ke Malaysia tanah air terchinta.
Terasa berat hati nak tinggalkan negara sejuk ni walaupun dalam hati memang rindu sangat nak balik Malaysia.

Dan autumn ini mungkin yang terakhir buat kami di sini.
Sob.. sob.. sayu pulak. Ish.. tiba-tiba rasa taknak balik Malaysia pulak dahhhhhh.... Derhaka sungguh bunyinya. 

Walaupun sedar dah tak lama lagi nak balik Malaysia, tapi barang apa pun tak kemas lagi.
Mengapakah?? 









Ambik gambar kat dalam university.
Macam biasalah, kalau ambik gambar dengan suami yang lebih tua dah terlebih matang memang macam ni (padahal tua setahun je pun). Kalau ambik gambar kena sopan-sopan je. Ambik gambar sorang-sorang tak boleh, ambik gambar terjal sikit tak boleh. Ambik gambar lompat-lompat sikit tak boleh. Pendek kata semua tak bolehlah. 

Yang boleh cuma diri tegak-tegak, bengok kepala sikit. Sudah.
Sopan gitewwww..





MENJAHIT. Menjahit?

Blog ini terpaksa dilupakan buat sementara waktu yang tidak dapat dinyatakan berapa lama tempohnya kerana tuannya telah membeli mesin jahit jenama Brother di carboot dengan harga £10 dan sekarang sedang sibuk dengan hobi terbaru iaitu MENJAHIT.

Wah.. bunyik macam terer je jahit baju padahal alter baju jer .

Sekarang tuan punya blog tengah gian alter baju-baju dalam almari hasil beli online yang tak dapat dipakai berkurun lamanya sebab bajunya besar walaupun sudah beli saiz yang sepatutnya.

Sekian.

Aidilfitri terakhir di UK

Alhamdulillah.. 

Raya kali ni adalah raya paling best, paling syok dan.. paling sedih jugak kurasakan.
Mana taknya, tahun depan kitorang akan beraya kat Malaysia.. Yes! Yes!! Yes!!!! 

Ceh, konpiden je tahun depan dapat beraya kat Malaysia, ntah-ntah kena extend lagi. Tak per, part extend tu kita pikir lain kali, sekarang ni kita pikir yang best-best ajerlah..

Bukannya tak seronok raya kat perantauan ni, tapi seronok-seronok pun, tak akan sama seronoknya beraya dengan mak bapak, adik beradik dan jugak sedara mara. Lagi-lagi bila terkenangkan mak yang dah tua. Entah sampai bila lagilah kita boleh sambut raya sesama dengan orang tua sendirikan. Lagi-lagi dah 4 kali beraya berjauhan, sayu rasanya.

Disebabkan macam terlebih konpiden jer tahun ni last raya kat Notts, maka dengan semangatnya jugak kitorang anak beranak pi ambik gambar kat Jubilee siap bersampin segala walaupun dah raya ke 7. Kengkonon ni last bergambar masa hari raya kat perantauanlah ni. Mat Saleh tengok kitorang pelik semacam je. 
Tapikan, ada aku kesah? hehe..

Masa 1 Syawal tu memang tak sempat langsung nak bergambar ke apa sebab kena pergi Manchester pulak ambik sepupu Mr. Brian. Hari Sabtu lepas baru sempat nak bergambar segala.





Disebabkan mak jemah nak kena bangun awal pagi kul 4 esok sebab nak kene gi kerja awal, so mak jemah upload 1 gambar ni je dulu yer.. Sekarang dah pukul 10.30 malam, so dah kena tido. Lain kali kalau rajin baru mak jemah upload gambar lain lagi..  Tu pun kalau rajin..

Selamat Hari Raya U Allsss..








Hari terakhir di Reception

Jumaat minggu lepas adalah hari last Izkhan kat Reception sebelum cuti sekolah selama sebulan. Bulan 9 ni, bila naik sekolah, InsyaAllah Izkhan akan masuk Year 1 dan Iman akan masuk Nursery. 

Masa tu dapatlah makbapaknya berhanimun sekejap bila anak-anak pergi sekolah.. Yahoo..
Kalau kat Malaysia umur 7 tahun masuk darjah 1, tapi kat UK bila umur 6 tahun dah masuk darjah 1.

Disebabkan hari Khamisnya baru teringat nak bagi hadiah kat cikgu kelas Izkhan (Miss Calder), so cuma dapat beli coklat jelah kat Tesco. Kalau ada kereta senanglah sikit nak lari pegi kedai jauh sikit carik hadiah best-best. Tapi sebab tak ada kereta, singgah je lah Tesco kedai yang memang dilalui bila balik kerja naik bas. 

Sangat tak berbaloi bagi cokelat compare dengan jasa cikgu yang mengajar Izkhan sampai boleh menulis membaca.Tak apalah, bila ada rezeki nanti nak bagi hadiah best sikit untuk cikgu dia. 



Tulisan Izkhan umur 5 tahun. Tulis huruf S terbalik.. 
Teacher jadik 'Teaher'. Bila tengok gambar ni baru terperasan tak ada huruf C. 


Lagi satu jgn pelik nama kat kad tu Nizamu, bukan Izkhan.
Itu memang nama dia. Sepatutnya Nizamuddin. Tapi jadik Nizamu. Kalau nak cerita kenapa jadik Nizamu, jadik panjanglah pulak ceritanya nanti. Kat blog memang letak nama Izkhan.

Mak dia tulis kat kertas lain, lepas tu suruh dia salin balik kat kad ni. Ekceli panjang lagi yang nak ditulis, tapi disebabkan tulisan dia yang besar-besar, so dah tak ada ruang nak tulis lagi. Last-last itu jelah yang dapat ditulis. 






Tulis huruf S ni tak terbalik pulak .




Izkhan seronok dapat tulis kad untuk cikgu dia sendiri.
Excited betul dia nak bagi kad kat cikgu.
Sila buat-buat tak nampak pemandangan di belakang itu yer :)




2 orang budak yang excited nak pergi skool.. 
Iman tu tukang hantar abg dia pergi skool jer. 


Esok paginya, bila bagi kad kat cikgu Izkhan, punyalah terharu, sampai nak meleleh air mata Miss Calder ni. Dia cakap seronok sangat bila tengok Izkhan tulis kad untuk dia walaupun cuma salin je pun. Agaknya macam ni kot perasaan cikgu-cikgu bila happy tengok anak murid berjaya hasil didikan dia. 

Ekceli pagi tu, ada ambik gambar Izkhan dengan cikgu dia. 
Tapi sebab dah sah-sah cikgu minah saleh tu tak pakai tudung, so tak dapatlah nak tepek gambar kat sini. 






Kad dari Miss Calder



Lepas tu bila petangnya ambik Izkhan dari sekolah, ada terselit kad dari Miss Calder ni dalam beg sekolah Izkhan. Masa birthday Izkhan sebelum tu pun Miss Calder ni ada bagi kad jugak. Rasa seronok betul dapat cikgu macam ni. 

Apapun rasa bersyukur sebab Izkhan dapat cikgu yang baik hati dan rajin.
Walaupun Izkhan belum dapat membaca sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya banyak yang dia belajar kat sekolah. Tak terbalas jasa cikgu cikgi sekalian.  

Terima kasih wahai cikgu :)


Niat puasa sebulan dan esok hari




Ramadhan yang terakhir di UK

Ramadhan kali ni, kiranya yang terakhir kitorang sambut kat UK ni.
Tahun depan, InsyaAllah dah sambut kat Malaysia pulak. Rasa sedih, sayu, happy semua adalah. 

Masih terkenang, bila mula-mula sampai Notts tahun 2007.
Kitorang sampai UK masa Ramadhan yang ke 3. Sadis tak sadislah berpuasa ngan beraya kat tempat orang. Hanya air mata menjadi teman daku ketika itu.. Cewahhh.. Rasa syahdu tu lain macam bila sambut puasa and raya jauh dari family. Kalau orang kat Malaysia nangis syahdu 1 harkat, kitorang kat sini nangis syahdu sampai 6 harakat. 





Jadual bulan Ramadhan nanti.
Sadis je rasa bila tengok waktu sahur dengan waktu bukak puasa bila terkena masa musim summer ni. Tambah mencabar keimanan bila kena kerja menyental pulak.. 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk muslimin muslimat semua. Saya mohon maaf segala salah dan silap, lagi-lagi bila tersilap taip kat blog ni.
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita dan menerima amalan kita semua. InsyaAllah... 

Oh.. air tebu.. *tiba-tiba*