Kahwin awal?

Isu kahwin awal hangat pulak sekarang ni sejak keluar kat Youtube pasal wedding Shafiq 16 tahun dengan isterinya Yana 14 tahun. Rasa seronok pulak tengok video kahwin diorang yang meriah. I punya majlis kawin pun tak meriah cenggitu dulu..Jeles jap :P 


Saya kawin masa umur 22, Mr. Brian umur 23 tahun.
Tu kira umur muda ke umur ngengada? haha..


Masa tu kitorang betul-betul baru habis belajar dan masing-masing pun baru start kerja.
Bila mak Mr. Brian tahu kitorang berkawan, dia dah tak senang hati suruh kitorang kawin. Padahal baru berkawan 2, 3 bulan. Alhamdulillah, sekarang dah 6 tahun kitorang jadik roommate. Dan kalaulah dari awal tau, bahawa hidup berumahtangga tu seronok, dah lama mintak mak kawinkan lagi awal.. Ahakssss.. gedikkk :P


Adik-adik Mr. Brian pun kawin awal. Yang sebenarnya dikawinkan. 
Yang lelaki umur baru 20 tahun dah kawin. Yang terbaru, adik perempuan Mr. Brian umur baru 18 tahun dah dikawinkan mak abah.


Sepupu-sepupu perempuan dia pun semua sama. 
Agak-agak mak bapak diorang tengok anak dara diorang dah boleh jadi bini orang, terus dicarikan jodoh untuk anak-anak perempuan ni. Ni kawin awal bukan kes bercintan cintun. Tak. Memang mak abah yang carikan jodoh suruh kawin awal. Pasrah betul diorang ni ..  Kalau saya, tak tentu lagi nak kawin dengan orang yang tak kenal. 


Dan Alhamdulillah, Ok je diorang.
Happy together gether gitu. Anak pun dah berdere-deret. Adui.. tak terkejar kitorang ni. hehe..


Masa mula-mula adik-adik ipar ni nak dikawinkan awal, saya memang kurang setuju sebenarnya. Yelah, dalam fikiran ni, apalah diorang nak bagi makan anak bini? Hidup bujang pun tertunggang terbalik lagi. Gaji pun cukup-cukup untuk diri sendiri jer. Itu pun nak dikawinkan jugak ker? Lainlah kalau dah stabil.


Saya pulak terbayang masa umur saya 18 tahun.
Waktu tu saya masih mengadap buku, buat assignment, menangis tetiap malam sebab rindu kat makbapak lagi (ni memang lawak), masih syok berhu ha hu ha, berjimba jimba dengan kengkawan tak ingat dunia.Masa tu langsung tak terpikir nak kawin. Terpikir tak akan kawin adalah sebab muka tak cun tak ada orang nak. Last-last Mr. Brian dapat bini yang tak cun ni.. hahaha.. Kasihan sama dia. 


Tapi sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui.
Bila diorang kawin awal, rezeki sentiasa ada datang dari sumber yang tak disangka,  diorang jadi lebih matured, rajin, dan lebih bertanggungjawab. Takkan dah kawin nak buat perangai malas macam masa bujang lagi kan? 


Bila dah ada anak, rezeki sentiasa bertambah dan tak ada masalah pun 'nak bagi anak bini makan apa?'  Tapi dengan syarat, berusaha untuk cari rezeki yang halal. Rezeki tak akan jatuh tergolek-golek depan mata sesaje je kalau tak berusaha. 


So, bila tengok komen kat Youtube tu pasal diorang kawin awal, ramai jugak yang bagi komen negatif. Yelah kan, umur diorang memang masih muda sangat. Mestilah kita terpikir macam-macam. 


Tapi janganlah pertikaikan kerja Allah. 
Sesungguhnya rezeki Allah tu maha luas. Lagi-lagi kalau dah ada anak. Anak tu kan bawak rezeki. Lagipun bila dah kawin, hati akan jadi lebih tenang, bahagia, gembira berbanding masa kapel-kapel. Tu pun salah satu nikmat dari Allah jugak.


Jadi tak usahlah nak pertikaikan si suami nak bagi makan apa kat anak bini, cukup matang atau tak, dan macam-macam lagi. Lagipun itu yang dah ditetapkan oleh Allah untuk dia. Umur baru 16 tahun tapi kalau pandai cari duit, ada je rezekinya dan Allah akan mudahkan jalannya. InsyaAllah. Cuma mak ayah mungkin kena memainkan peranan jugak. Contohnya dari segi nasihat.


Kawin awal ke, kawin lambat ke, dugaan berkahwin tetap ada. 
Tak kawin pun ada dugaannya jugak. 

Saya teringat kawan sekelas Mr. Brian yang kawin masa umur diorang 17 tahun. Walaupun dah kawin, masih jugak sambung belajar. Sekarang dah 13 tahun berlalu, diorang dah ada bisnes sendiri, beli rumah banglow dan anak yang comel-comel.  Seronok tengok kehidupan diorang sekarang. Kitorang ni pulak walaupun dah 6 tahun kawin, terasa macam baru nak mula hidup. Umpamanya macam kitorang ni baru nak start engine, diorang dah masuk gear 5 pun.


Ada jugak kawan saya yang kawin awal tapi akhirnya bercerai berai dan ditinggalkan suami dengan anak yang masih kecik-kecik lagi. Kahwin ni pun umpama berjudi jugak. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi di hadapan kita. Semua tu kuasa Allah. 


Jadi, bertabahlah sahaja dan berdoa semoga perkahwinan berkekalan bahagia hingga ke syurga hendaknya. 


15 comments:

  1. insyaAllah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu... jodoh tu ketentuan Allah. bila, siapa dan bagaimana berlakunya semuanya perancangan y terbaik drNya..;)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan...

    :) Kan Allah dah bagitahu, setiap anak Adam itu dah ditentukan rezekinya, hidupnya, jodohnya, ajalnya sejak dalam kandungan lagi...

    selagimana kita yakin bahawa Allah takkan tinggalkan kita, insya Allah, semuanya akan jadi mudah.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan..

    Kak Alin dah tgk video tu..cam main kahwin-kahwin plak..hehehe.Tapi yelah dah ketentuan Illahi. Dorang kena pandai mencorakkan.

    Kak Alinpun kawin muda..umur 21 dah kawin...bukan gatal tapi dah jodoh dan mengelakkan byk dosa

    ReplyDelete
  5. teringin kawen awal... tapi setiap perkahwinan tu pastu ada suka duka.. semoga allah panjangkan jodoh akak & husband sampai akhir hayat.. amin

    ReplyDelete
  6. saya sangat suka kan entry ini....

    saya pon ada fikiran yang sama bila tgk orang kahwin awal... ada jer fikiran negatif yang menyoal kenapa begitu dan begini

    tanpa kita sedar, perancangan Allah itu lebih baik dan yang terbaik untuk hambanya

    ReplyDelete
  7. Kun fayakun... Hehehe semoga jodoh diorg ni berkekalan hingga akhir hayat.. Amin..

    ReplyDelete
  8. ajal, jodoh dan pertemuan itu urusan ALLAH. Tidak ada sapa yg dapat menolak ketentuan NYA. Setiap hubungan pon ada suka duka , inikan pula dalam hal2 berkaitan perkahwinan. Berkahwin ada masalah tersendiri, yg bujang pon ada masalah tersendiri. Pandai2 la kite mencorak kehidupan masing2..

    ReplyDelete
  9. hehe setuju sangat...kalau dah dugaan nk dtg tu dia dtg gak...huhu eleh yg komen negatif ni jeless ke apeww.. >.< kehkeh

    salam ramadhan ye =)

    ReplyDelete
  10. Kita doakan yang terbaik buat perkahwinan kita,insyaallah dimakbulkan.

    ReplyDelete
  11. hmm.. nice entry sis ^^
    moga bagi sape2 yg kawin awal tu, bahagia ever after..hehe
    sis pn, moga happy slalu ye n___n

    ReplyDelete
  12. saya pun prefer kawin awal tapi parent menentang habis - habisan . Mungkin dyorg ada sebab yang tersendiri


    http://athirahshariffudin.blogspot.com/2012/08/apa-la-sangat-bakti-siswa-ni.html

    ReplyDelete
  13. Kakpb kawin lewat, bukan sebab taknak kawin muda....mcm tu la jodoh pertemuan. Mana yg cun, ramai ler kumbang berebut. Tapi semuanya terpulang pd rezeki masing2, ada sebab Allah tangguhkan atau cepatkan sesuatu perkara tu, ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  14. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya ... baru terbaca disini n mokcik pun nak cerita gak. Sebenarnya jodoh pertemuan urusan Allah, tapi camnapun perlu ada usaha juga.

    Mokcik ni dulu tak pernah bercita2 nak kawin cepat. Asyik dok fikir nak belajar, kerja, cari duit bagi mak dan adik senang, habis sekolah, tetiba org datang pinang. Lari lintang pukang ke rumah nenek...takut. Dapat U, tp mak tak mampu .. pergi bandar sorang cari kerja. Bila dah sebatang kera tu, susah juga ... bila ada orang nak kawan, mokcik kata "nak kawan jumpa emak saya" garang konon.

    Pokcik sempoi ni ..bukan jumpa je, terus pinang (19th). Lepas tunang dia gi kerja jauh. 2 tahun terbiar, mokcik kata 'biarlah, kalau jadi-jadilah, kalau takpun tak apa'. Tetiba dia dapat balik KL. "Bulan 12 ni kita kawin" Kawin lah kami seadanya. Hilang cita2 dapat cinta... dari duduk sorang2 baik berdua berkawan2 kita.

    Sekarang dah ada anak dara dan terunes. Si dara tak pernah bercinta, tak pernah ada teruna. Ish3.. pening kepala mokcik, camna nak carikan teruna utk si dara ni...........he3

    ReplyDelete